keratan dr myMetro = Kekejaman Zionis

DUNIA gempar dan marah terhadap keganasan komando Israel menggempur konvoi kapal bantuan kemanusiaan yang menuju Semenanjung Gaza sehingga mengorbankan banyak nyawa semalam. Kini, seteru mahupun rakan negara Yahudi itu sepakat mengutuk kekejaman yang meragut nyawa sukarelawan yang menyertai konvoi itu.

Ketua Agensi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay terkejut dengan tahap keganasan operasi yang dilaksana komando Israel yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan terkorban, majoritinya dilapor warga Turki.

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pula menuntut Tel Aviv melancarkan siasatan penuh terhadap insiden itu.


Kumpulan pejuang Palestin, Hamas yang memerintah Gaza menggesa dunia Islam melancarkan protes besar-besaran terhadap Israel. Di Turki, polis bertungkus-lumus membendung kemarahan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di luar pejabat konsulat Israel di Istanbul.


Penunjuk perasaan yang marah mengadakan demonstrasi di luar kediaman duta Israel di Ankara, melaungkan kutukan terhadap Israel. Duta Yahudi itu turut diarah menghadap pemimpin Turki yang memberi amaran tindakan mungkin diambil terhadap hubungan dua hala kedua-dua negara.


“Tindakan keterlaluan ini yang berlaku di laut antarabangsa sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa mungkin menyebabkan kesan yang tidak mungkin dapat diperbaiki terhadap hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Tindakan Israel menyerang orang awam sekali lagi menunjukkan ia tidak menghargai nilai nyawa manusia dan inisiatif secara aman,” kata kenyataan Ankara.


Israel mendakwa tentera lautnya diserang aktivis dan kedua-dua pihak berbalas tembakan dengan peluru hidup selepas mereka menceroboh naik ke atas enam kapal yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dan ribuan tan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad lantang mengutuk pencerobohan itu dan melabelnya sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.


Presiden Palestin, Mahmud Abbas pula mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari manakala Ketua Liga Arab, Amr Mussa menganggap tindakan itu sebagai satu jenayah dan mengumumkan 22 negara anggota kini membincangkan langkah seterusnya yang akan dilaksana pertubuhan itu.


Speaker Parlimen Kuwait turut melabel tindakan menaiki konvoi yang turut membawa 16 warga Kuwait, termasuk seorang ahli Parlimen sebagai satu jenayah.


Di Eropah, kutukan turut dilakukan pemimpin anggota EU.


Selain menuntut siasatan penuh dilaksanakan, Ketua Hal Ehwal Asing, Catherine Ashton menuntut Israel serta-merta membuka pintu masuk ke Gaza tanpa menetapkan sebarang syarat.

Category: 0 comments

second day for praktikal...

1.6.2010
aku lepak jer ni...x tau nk wtpe...keje da siap pg td...keje aku key in sales n invoice msk dlm akaun jer....pastu xde keje dh....betape bosannye xde keje.
dlm ofis ade 3 org jer.....bos x masok2 g ni...on9 je la....bes jugak r keje cmni...wat2 akaun sykt...besh3...k la nk g jln2 dlm ofis..tata

Category: 0 comments